Archive for the 'Articles' Category
Murai – Stailista : Amanda Imani Menjelma Sebagai Megan Fox
Teks oleh Haswari Ali

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2012: Nama pendatang baru dalam industri seni suara, Amanda Imani bukan saja dikenali sebagai penyanyi berkebolehan, malahan juga citarasa fesyennya sering menjadi perhatian sesiapa memandang.
Maka tidak hairanlah, mengapa dia sering diundang ke majlis fesyen dan juga kecantikan bagi menyerikan lagi setiap acara berkenaan.
Namun, kecantikan semulajadi yang ada pada penyanyi remaja itu adalah aset paling penting mengapa dia sering saja menjadi perhatian lensa dan juga mata yang bijak menilai kecantikan ciptaan maha agung itu.
Malah, tidak keterlaluan juga, ada sesetengah pihak yang acap kali menyamakan raut wajah menggoda milik penyanyi Selamilah Cinta itu persis jelitawan Hollywood, Megan Fox.
Buktinya majalah fesyen dan gaya hidup Wanita & Wawasan atau WW telah memperlihatkan Amanda Imani sebagai jelmaan pelakon Transformers berkenaan menerusi edisi April ini.
Edisi yang menggunakan Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai penghias muka hadapan itu menampilkan Amanda Imani dalam persona cukup menggoda lagi memikat sebagai mana yang pernah ditampilkan Megan Fox dalam salah satu sesi fotografinya tidak lama dulu.
Perhatikan persamaan dan raut wajah memikat antara Amanda Imani yang menjelma sebagai Megan Fox dalam edisi WW April ini.
No commentsCemburu feat. Malique DOWNLOAD CODES
Maxis: Dial *131*<248773># and press call/send
Celcom: Dial *888*<145962># and press call/send
Digi: Type CT
U Mobile: Dial *118*5*2*<347922># and press call/send

![AIP Full Logo [01]](http://s13.postimage.org/433xpniar/AIP_Full_Logo_01.jpg)
![Full Logo [02]](http://s7.postimage.org/j225gn5yf/Full_Logo_02.jpg)